Friday, June 18, 2010

Pulang ke Aberdeen..


Bilik hotel -Chapuk Mundi

Yup.. kami terpaksa dah nak balik ke Aberdeen.. seminggu berjalan, tak cukup London, sambung lagi sampai ke Itali.. stok baju pun dah habis (^^i).. perlu balik untuk basuh baju dan sambung England Road Trip pula minggu depan ~Yatta.. (^^,)/



Dalam 7.00 pagi kami dah bersiap dan keluar dari Chapuk Mundi (bilik hotel). Kami perlu naik bas utk ke Ciampiano airport.

Dari Roma Termini Train/Bus Station amik masa lebih kurng 40 minit memandangkan flight ke Edinburgh tepat pkl 11.00 pagi.. so perlu gerak awal sbb nak check ticket apa semua nanti.. bimbang terkejar-kejar..


Dah sampai Airport..

Thursday, June 17, 2010

Rom.. Sebuah Empayar Agung


Hari nie adalah hari ketiga kami di Itali.. Rom adalah destinasi terakhir untuk Trip-tiga-Hari-Italia kali nie. Jom sambung kisah ceria-warna seindah suria di bumi Rome plaks...



Selepas breakfast+ early lunch di McD tadi.. terus menuju ke Chapuk Mundi Hotel dan check in. Selepas berehat sekejap dan solat Zohor.. baru kami bergerak untuk memulakan activiti menikmati keindahan bandar Roma-Italia..



Alhamdulillah, adindaku yg bijak, Uda-chan the organizer and a very well holiday planner (saja bodek lebih; nanti senang nak minta tlg plan lain kali (^^i)) telah mem-booking Rome Open-Tour, ala-ala Hop in-Hop off around Rome camtue.. So xler lenguh kaki ne~ (^-^)v

Lagi pun Rome besar.. lebih luas drpd Pisa dan Florence; bleh patah kaki kalau nak jelajah semua tempat di Rom dlm masa sehari (^^' ). So.. mari mula dengan melawat Rome Open Tour first stop: Santa Maria..


Wednesday, June 16, 2010

Florence.. Renaissance Telah Bermula



Lokasi trip berikutnya ialah Fiorenza the Italia.. (^_^)/

Pepagi tadi, breakfast kat Moderno Hotel, lepas alas perut.. gerak ke train station dan naik train terus ke Fiorenza. Lebih kurng dlm sejam suku sampai then terus ke hotel utk simpan beg memasing. Takleh nak check-in lagi tp boleh ltk beg kat situe dulu..



Oleh kerana hotel kami sgt hampir dgn bazaar dan gerai-gerai sepanjang jalan nieh.. maka kami menshoppingkan diri kejap sesambil nak pg ke lokasi-lokasi menarik yg uda dah highlighkan..

Dari pelbagai deretan kedai dan gerai tepi jalan, kami bergerak menghala ke Florence Cathedral; The Basilica di Santa Maria del Fiore..


Tuesday, June 15, 2010

Pisa.. Mama Mia!


Kami perlu naik bas di Baker St untuk ke Stansted Airport. Dalam 5.00 am dah bangun untuk bersiap-siap sbb perlu naik bas easy.com pkl 7.30 am. Flight pula dalam pkl 11.30 am nanti.. tp takpe.. biarlah sampai awal di air port..

Dari London kami terus ke Pisa, Itali.. so dgn rasminya.. Trip ke Itali pun bermula!.. bermula!!.. Italia Saiko!!




After 4 hours.. sampai kat Pisa Galileo Galilei International Airport.. amik bus then terus ke Moderno Hotel. Actually bandar Pisa nie kecil jer kata uda.. bleh jalan kaki jer nak ronda-ronda satu bandar.. tp kena simpan tenaga.. lepas check in nanti nak jalan plaks (^_^)..

Sampai jer dlm bilik terus lunch dulu.. solat-solat dan refresh.. pkl 5.00 pm baru keluar.. since skrg summer kan.. pkl 5 mcm pkl 2 ptg jer.. (^^i).. nasib baik gak kan.. ada extra masa nak ronda-ronda..

So.. Mari ke Pisa Torre!!..


Monday, June 14, 2010

Mencari Encik Big Ben yang dirindui..



Hari nie keluar awal, sbb nak cover banyak tempat.. tp xderlah sesak sgt tube pagi nie; diorg nie x pergi keja ker? Ermm.. ( ^_')..

Dua hari lepas x dpt nak pegi banyak tempat sbb banyak tube line yg ditutup sbb ada pembaikpulihan.. tp hari nie Isnin, tube nie dah dibuka semula spy x menyusahkan org awam nak pegi kerja..




Dr Mooregate, tukar² tube then turun kat South-Kensington.. memula nak pg museum.. tp tutup lg.. so jalan kaki naik ke atas.. nak tgk Royal Albert Hall dan lepak² kejap kat Albert Memorial Park dulu..

After pkl 10 baru turun balik.. layan nana ngan fara yg gengki² sgt nak masuk museum.. tp best gak Science Museum .. last time x sempat masuk.. (^^,)


Sunday, June 13, 2010

London.. Sesat Dalam Kota..



Perlu check-out.. sehari jer bleh tido kat Malaysian Halls, dah penuh ne~ tp macik jaga kaunter tue kata.. bleh jer kalo nak sambung sbb ada org yg book tp x masuk.. tp Uda dah book Travelodge, so kena pg sana laks..

Dlm pkl 10 keluar dr Malaysian Halls.. jalan² dan ronda²+ beli souvenir area Bayswater.. banyak juga kedai yg jual dengan harga berpatutan..


Malaysian Halls

Then gerak ke Camden Lock Market; Ramai org mesia berniaga kat sinie (^_^) tp mostly Chinese laa.. Camden Market nie mcm petaling st pun ader gak.. hahaha.. banyak brg² pasar malam (^^i).. tp harga agak mahal, baik beli kat mesia jer (^^,).. so jalan² cuci mata jer laa..


Saturday, June 12, 2010

Mind the Gap.. Beep! Beepp!!


Trip untuk minggu ke-2 dah pun bermula.. Makanya, seawal 5.00 pagi kami semua telah bangun untuk memulakan hari yg ceria.. (#_#)v yatta~ keseronokan dlm kemengantukan.

Untuk minggu kedua, kami dah rancang dua destinasi saiko yg utama. Di awal minggu ke-dua nie.. kami turun ke London. Dari tempat uda (Aberdeen) ke England.. kami naik train.. jadi, dalam pukul 7.00 am kami perlu berada di stesen keretapi.. (^_^)


dlm train ader Wifi.. (^_^)v.. saiko desu!

London jauh ke bawah, makan masa 7 jam juga untuk sampai.. lama sangat duduk dlm train.. bleh bengkok pinggang (^^i).. Kenapa pilih keretapi yer? Kenapa tak naik flight je?

Sbb Uda kata.. nak bagi kami semua rasa dan lihat sendiri pemandangan dr atas train di sepanjang perjalanan dr Aberdeen ke London.. dan kawasan yang paling cantik tentulah bila dah masuk ke stonehaven–Dundee-Edinburgh, yang mana laluan keretapi adalah bersebelahan dengan laut dan pantai..


Thursday, June 10, 2010

Senyuman Mona Lisa di Musee du Louvre..



Dah nak balik Scotland dah hari nie.. tp flight ptg nanti.. so kami pakat² utk pg ke Musee Du Louvre; yg mana merupakan salah satu muzium yg terkenal di dunia krn menyimpan karya agung pelukis tersohor; Leonardo Dicaprio da Vinci's: portrait Mona Lisa.

So, dr hotel.. kami breakfast dulu di restoran halal depan Paris Metro tue.. then lepas kenyang baru gerak ke muzium. Untuk ke sana kami cuma naik train, lagi pun masih ada sekeping tiket lagi (yg beli hari selasa kelmarin)



Sampai sana dlm pukul 9.15am.. memula ingat nak bergambar dulu, tp hari hujan.. so we all terus beratur dan masuk ke dlm.. Harga tiket untuk orang dewasa €9.90; .. so simpan bagpack memasing then ronda² dlm muzium..


Wednesday, June 9, 2010

Masa Untuk Disney..



Semalam janji pkl 9 tunggu di lobi, nanti porter semlm akan dtg ambil kami untuk ke Disneyland. Then dlm masa 45 minit, dah pun sampai.. dah nampak pintu gerbang.. Saiko!!



hohoho.. teruja.. teruja.. mcm budak² laks (^^i).. kat sini ader 3 bahagian besar, Disney Village, Disney Studio dan Disneyland park. Kat village tue banyak mall shopping dan cinema, so kami skip sbb dtg nie lebih nak main2 game dlm park.

Kalo tgk guiders yg diorg beri, awal pagi banyak aktiviti dalam Disney Studio. Fara pun dah google dr awal, better pegi studio dulu waktu pagi, sbb nanti boleh tgk parade.. So terus masuk ke Disney Studio.. [Peta]


The well-known-helpful magic broom

Masuk jer ke dlm studio, kami terus menuju ker Armageddon Special Effects, sambil melagukan 'I don't wanna miss a thing'.. then terus joint group² yg beratur utk masuk ke studio ala² lokasi pengambaran movie sebenar.. nak merasa jadi wira penyelamatkan dunia (^^i)

Tuesday, June 8, 2010

Eiffel, I'm in Love!


Lepas bercastle trail.. we all gegas² balik rumah.. sbb nak siap² utk kejar keretapi ke Edinburgh. Train gerak dalam pkl 9.00 mlm camtu, then mungkin perlu tidur di airport sana sbb flight untuk ke Paris pkl 6 pg esoknya..

Kami bawa sedikit bekal: nasi goreng+ ayam masak kunyit; panini tuna sandwich/ Burgers; buah-buahan dan air. Perlu sediakan semua nie sebab akan berada dlm train hampir 3 jam (Aberdeen-Edinburgh) dan perlu berkampung di airport selepas tue.. (^^i).. haha sejuk² mmg la perut asyik lapar kan?



Wajah2 riang dlm kemengantukan...


Sampai di airport Edinburgh dlm pkl 12.45pm. Masing² perlu cari port. Dang!.. mmg berkampung betul² rupanya; ingatkan uda main-main (^^').. so cari tempat kosong yg terpencil sedikit dan buat territory sendiri.. (^^i)

Tapi kami dapat tidur dgn lena (^_^)v. Siap berselimut.. dan lebih kurang pukul 4.15 pg, kami bangun untuk bersiap-siap. Kemas-kemas semua yg ada dan ambil sarapan awal skit. Lepas tue terus check in Ryann Air..


Paris; here we come.. Yosh-yosh (^_^)/


Monday, June 7, 2010

Menjejak Istana-Istana Lama di Aberdeenshire





Tentatif program dah diaturkan oleh Uda-chan (yg disiapkan sejak Dis 2009 hari tue lagi).. Hari nie ialah hari untuk menjejak kekasih lama istana-istana lama.. Seawal 4.00pg aku dah bangun (Semangat-Wakon Yosai)..

Kita kena goreng makaroni, buat sandwish, bancuh kopi O panas, goreng nasi sejuk smlm dan sebagainya. Oleh krn malas nak masak seorang diri; maka perlu kejutkan mereka yg sedang lena diulit mimpi itu.

Sarapan sudah, siapkan bekal pun sudah.. Masa untuk bergerak. Dalam pkl 8.30.. kami memulakan aktiviti hari ini dan kali nie lebih mudah; dgn adanya tom-tom Uda, tak perlu terkial-kial membaca peta sampai sesat macam dulu (^^i).. (senang pakai Garmin jer..)






---- Destinasi #1 : Drum Castle ----




Ichi..

Sunday, June 6, 2010

Cuti Musim Panas 2010 telah bermula!




05 June 2010 [Sabtu]
Hari nie, aku.. Fara dan Nana perlu gerak ke KLIA. flight kami pkl 23.15 mlm.. Transit di Amsterdam kemudian baru ke Aberdeen (^_^) saiko naa~~.. sampai KLIA dlm pkl 6.00 ptg.. Selepas selesai semua urusan di kaunter, kami terus masuk dan lepak2 di dalam, berhampiran gate... biar sampai awal, jgn tertinggal flight ne~? (^^,) ~giler bersemangat.

Dari Kuala Lumpur ke Amsterdam ambil masa lebih kurang 12 jam dan 40 minit.. Untuk tukar flight pula ambil masa lebih kurang 4 jam, lepas tue.. cuma Sejam 25 minit jer untuk sampai ke Aberdeen. Kali nie naik KLM.. sgt_sgt dimanjakan dgn makanan (^^,).. tengah tidur boleh terjaga sbb diorng nak beri hot noodle or refreshing ice cream? ~hahah nanja kore.. macam mana nak pilih ye? (^^!)..

So.. sampai Amsterdam pkl 5.50 pg.. so kami berehat sekejap lepas survey2 mana gate nak kena tunggu nanti. shopping2 skit.. amik2 gambar.. Pastu memula ingat nak pegi muzium (best kan, airport nie ada museum) tp muzium under construction la plak.. so untuk menghabiskan masa yang ada, kami hanya jalan-jalan di sekitar gate di situ..


Monday, March 22, 2010

Pesta Belon Panas Antarabangsa di Putrajaya



Terima kasih ona sbb sudi bawa aku dan ila pegi jalan-jalan tgk hot guy air balloon di Putrajaya semalam (^^,)v.. Tahun lepas tak dpt nak pegi, nasib baik tahun nie sempat..

Yup! Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya kembali lagi!!.. Tahun nie, adalah kali ke dua diadakan.. bermula dr 18 Mac sehingga semalam, 21 Mac 2010.. dan kami sangat seronok berada di sana.. giler-giler enjoy.. (^_^)





Friday, December 18, 2009

Cuti-cuti Utara II


Kakak Aneem & widaad..


KHAMIS [20091203]
Pepagi Khamis bergerak menuju ke Utara. Walaupun kami kuar awal pagi.. tapi sbb banyak sgt tempat singah², so lewat skit baru sampai di Darul Aman Golf Resort.. tp semua org masih bermood cuti-cuti malaysia.. happy².. hiku²..


Psst.. Widaad, tgk kamera! (^^i)


Tengok.. betapa gembiranya widaad.. (^^,)


JUMAAT [20091204]
Pkl 8.15 pagi pojan sampai dan bawakan sarapan (^_^).. (tq pojan..) Hari nie pojan nak ikut kak uda amik gambar, lps lepak-lepak sekejap, dia pun gerak keluar dr bilik.. then kami pun pakat² pegi makan breakfast kat bawah juga.. sbb dah dpt kupon breakfast, rugi kalo tak pegi makan di bawah (^^ii)..

Monday, November 30, 2009

Bukit Gambang Waterpark



Kebetulan dpt kumpul semua cousin² yg masih bujang gerek², maka dapatlah kami semua bersuka-ria di sini.. dan berangkatlah kami berlapan dgn girangnya seawal pagi isnin..

Untuk masuk ke theme park ni, harga tiket untuk dewasa RM19.90 dan kanak-kanak (bawah 13thn) RN 12.90. Harga promosi lagi.. next time kalo nak dtg.. Dewasa RM28.00, Kanak-kanak RM18.00. Kalo korng short enough berkelayakan, korng bleh masuk free jer.. tp sila jgn buat begini untuk menagih simpati..



Mak long siap bekalkan nasi ayam + sandwich untuk kami berkelah di Bukit Gambang, tp takleh bawak masuk makanan dlm nie.. so kami simpan bekal picnic kami dlm keta jer... Balik baru makan (^^,)...

Atas nasihat Iffah.. Kami perlu main bhgn Tree Top Hill Slide dulu, then baru layan boraombak² buatan kat bhgn lagoon atau bhgn² lain. Tp sayanglah takleh nak amik gambar di saat keriangan bermain slide sbb aku terlupa mana aku letak beg camera untuk underwater aku.. (~.~) huhu..

Friday, November 20, 2009

Cuti-Cuti Malaysia: Langkawi


Baru balik dr langkawi.. Wuhuu.. (^.^>)


Beberapa minggu lepas.. kami pegi langkawi.. actually abgwan ada meeting- sambil- shopping trip dgn geng² photographer, then tetiba trip nie jadik family-day trip kami plaks (^^ii).. kebetulan aku cuti, nana pun cuti la sgt, so kami ikut serta.

Aku ngan ila gerak dr KL, dr rumah ila kami naik train ke masjid jamek, kemudian tukar train kat sana sebelum turun kat pudu, tp tetiba.. sampai je sana, train x gerak plaks.. dan tatau sampai bila nak beroperasi semula. Terpaksa la guna alternative lain utk ke pudu.

Memula nak naik teksi.. tp last² kami jalan kaki jer. Nasib baik sempat sampai before bas gerak. Sepanjang² jln dr KL ke Kuala Perlis, kami habiskan dgn tidur (^^,).. ngantuk ne~. Thanx to ila sbb belikan tiket bas yg seatnya best dan selesa utk tidur.. dan thanx juga sbb mengalah ngan aku bila masing² berebut nak duduk tepi tingkap haha (^^ii)



Langkawi [Hari Pertama]

Kami sampai di Kuala Perlis.. lbh kurang pkl 6.00 pagi. Lepak surau jap lepas solat subuh. Dalam pkl 8.00 baru gerak ke jeti Kuala Perlis. Calling² semua org, masing² blum sampai lagi. Dah pkl 10.00 pg baru dapat berkumpul. So terus beli tiket feri untuk seberang pulau.

Thursday, May 21, 2009

Zoom Malaysia: Kuala Terengganu + Marang..


Dr Jeti Merang ke Kuantan.. kami singgah²-hinggap sbb nak beli keropok lekor, nak lawat masjid² terkenal di Terengganu, nak lepak minum air kelapa kat tepi pantai dan nak shopping² di Pasar Payang (^^i)..

So.. destinasi pertama ialah Masjid Kristal..

Actually lama dah nak dtg sini.. sbb masjid nie banyak sgt kontrovesi (^^i).. so nak taulah apa yg suka sgt org perkatakan tue..


Masjid Kristal

INFO :

Masjid Kristal terletak dalam kaw. pelancongan Taman Tamadun Islam -Pulau Wan Man, Terengganu.Dibina daripada kaca & keluli, dan merupakan masjid pintar pertama di Malaysia.

Dgn keluasan seluas 2,146 meter persegi, masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pd satu² masa. Dilengkapi dgn prasarana IT dan liputan WiFi yg memudahan pengunjung utk mengakses internet ~bg membaca al-Quran elektronik..



Kat sini, kami hanya singgah utk bergambar, lg pun blum masuk zohor.. Lepas tue lalu luar pagar Taman Tamadun Islam, cantik² model seni bina islam kat dlm tue. Actually terasa mcm nak masuk, tp x cukup masa.. so terpaksalah skip. Next time maybe..

Monday, May 18, 2009

Zoom Malaysia: Pulau Redang


Baru balik dr Redang.. Sebenarnya ini semua idea Ona, nak bersnorkeling di Perhentian katanya, tp aku dah pernah pegi sana last yr.. So lebih baik pilih pulau lain.. dan tiba-tiba terjumpa 1 pakej percutian ke Redang.. Sekali Ona ajak plan trip ke Redang.. Maka, beginilah percutian kami bermula..



[9hb Mei 2009 – Sabtu]
Dalam pukul 2.00 pagi kami mula bergerak naik ke Kuala Terengganu. Kami ikut jalan Pantai-Beserah sbb kurang sunyi.. Dari Bandar Kuantan, kami lalu Beserah, Cherating & Marang. Aku, Mar dan Farhah naik satu kereta.. Ona, Ila dan Isda naik keta satu lagi. Memula memang tak ngantuk.. selang tak lama, aku dah weng.. haha giler mengantuk.. (^^i)

Masa di kerteh, bebudak nie berhenti jap amik gambar –mmg cantik di situ waktu malam.. Dari Kerteh kami terus lagi.. ikut signboard dan landmarks yg kami dah google awal². Dr KT naik ke Kota Bahru.. Lepas Jambatan Sultan Mahmud, di area bulatan Batu 6 tue.. kami tukar arah ke Batu Rakit/Penarik..


[10hb Mei 2009 – Ahad]


Alas perut @ Restoran Redang Teratai

Dari KT ke Jeti Merang adalah lebih kurng 40km.. so pkl 5.15am kami dah sampai di jeti. Oleh kerana hari masih gelap lagi, masing² ajak lepak masjid depan simpang, bleh rehat sekejap dan terus solat subuh.

Dlm pkl 7.30 kami masuk balik kawasan jeti.. ambil sarapan dan tunggu Kak Za datang. Kalau ikut tentatif.. naik boat dlm pkl 9 pagi, tp ada kelewatan skit. So kami terpaksa tunggu sampai pkl 10 pagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...