Monday, March 22, 2010

Pesta Belon Panas Antarabangsa di Putrajaya



Terima kasih ona sbb sudi bawa aku dan ila pegi jalan-jalan tgk hot guy air balloon di Putrajaya semalam (^^,)v.. Tahun lepas tak dpt nak pegi, nasib baik tahun nie sempat..

Yup! Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya kembali lagi!!.. Tahun nie, adalah kali ke dua diadakan.. bermula dr 18 Mac sehingga semalam, 21 Mac 2010.. dan kami sangat seronok berada di sana.. giler-giler enjoy.. (^_^)





Pesta Belon Udara Panas adalah salah satu acara yg dinanti-nantikan dan boleh dikatakan macam satu tradisi plaks untuk diadakan setiap tahun.. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini.. kita boleh alami sendiri keriangan menaiki belon panas, main bola air (Waterball rides)..

Ada juga autoshow, gerai-gerai di bazaar, petting zoo, helicopter rides, sukan paramotor dan paragliding, pertunjukan kapal terbang kawalan jauh, layang-layang, pertandingan mewarna dan macam² riadah untuk keluarga yang lain..

Erm.. Actually acara kemuncak adalah pada hari sabtu, sehari sebelum kami ke sana.. yakni pada sebelah malam diorng buat pertunjukan cahaya dan diikuti dengan pertunjukan bunga api pada pukul 8.30 pm..



Riang-ria-gembira-ceria-warna

Oh!.. katanya untuk kali ini, lebih seramai 150,000 pengunjung telah datang untuk menyaksikan 13 belon udara panas yang mewakili pelbagai negara seperti Perancis, Jepun, Belgium, New Zealand, Thailand, Korea Selatan, Filipina, Amerika Syarikat dan Indonesia..



(TQ Ona, suker dua2 gambar nie!)~ Hontoni suki desu!


Hait! Aiba Masaki Aini desu!


Peraduan mewarna kategori budak bawah terlebih umur


up..up in the sky!?


Cuma yang kesalnya, tak dapat nak naik belon udara tue sebab ramai sangat orang, macam lautan.. (T,T) erm.. tahun depan lah kot..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...