Hari nie adalah hari ketiga kami di Itali.. Rom adalah destinasi terakhir untuk Trip-tiga-Hari-Italia kali nie. Jom sambung kisah ceria-warna seindah suria di bumi Rome plaks...
Selepas breakfast+ early lunch di McD tadi.. terus menuju ke Chapuk Mundi Hotel dan check in. Selepas berehat sekejap dan solat Zohor.. baru kami bergerak untuk memulakan activiti menikmati keindahan bandar Roma-Italia..
Alhamdulillah, adindaku yg bijak, Uda-chan the organizer and a very well holiday planner (saja bodek lebih; nanti senang nak minta tlg plan lain kali (^^i)) telah mem-booking Rome Open-Tour, ala-ala Hop in-Hop off around Rome camtue.. So xler lenguh kaki ne~ (^-^)v
Lagi pun Rome besar.. lebih luas drpd Pisa dan Florence; bleh patah kaki kalau nak jelajah semua tempat di Rom dlm masa sehari (^^' ). So.. mari mula dengan melawat Rome Open Tour first stop: Santa Maria..
SANTA MARIA
Actually yg difocuskan dek tourism Rom di sini ialah Gereja yg diberi nama Santa Maria. Sejarahnya, gereja ini dinamakan dan didedikasikan kpd Maria kerana (1) Pengasasnya tiada anak; (2) Rasa hormat terhadap Maria (dikenali sbg Virgin Mary dlm masyarakat Katolik)..
Tapi kami lebih kpd melihat kawasan sekitar dan membeli souvenirs (^^' ).. Baru first stop dah beli souvenirs.. (^^! )
QUIRINALE
Quirinale atau juga dikenali sbg Quirinal Palace (Italian: the Palazzo del Quirinale) terletak di atas bukit dan agak penat untuk menapak (^^,). Sekarang, ianya dijadikan sbg kediaman rasmi utk president Itali.
Letak duduk bangunan bersejarah nie ialah di atas Bukit Quirinal, bukit tertinggi antara 7 bukit di Rom dan merupakan salah satu istana penting di Rom, dr sudut sejarahnya, political dan nilai artistika. Tapi.. kami agak penat untuk mendaki bukit²an tersebut; so kami bersetuju utk ke destinasi seterusnya after ambil gambar berlatar belakangkan bukan-Quirinale (^^i)
COLLUSEUM
Pertama skali kami x berjumpa ngan Russell Crowe di sini yer.. harap maklum (walaupun saya sgt ingin berjumper dgn beliau)...
Seperti kita semua tahu, Colluseum adalah tinggalan sejarah agung dan merupakan sebuah tempat pertunjukan yang besar (amfiteater atau nama asalnya: Flavian Amphitheatre). Juga merupakan salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia Pertengahan. Didirikan oleh Raja Vespasian dan diteruskan oleh anaknya Titus. Seni bina Colluseum merupakan satu karya hebat dan terkenal seantero dunia ~ (^^i).. giler laa bahasa melayu aku..
Tujuan asal pembinaan adalah utk menampung bilangan penonton yg ramai bagi pertunjukan yang spektakuler; (1) pertarungan antara haiwan; (2) pertarungan antara org tahanan dan haiwan; (3) pertarungan antara gladiator; dan lain-lain lagi.. tp skrg nie tataula, kot² ada org nak buat majlis kawen ke apa ke kan kat sinie.. elok jer seat keliling, pelamin kat tgh2 (^^i)
Since namanya colluseum yg sgt sinonim ngan Gladiators, maka blehlah dtg ke sini untuk melihat manusia² Itali berpakaian gladiator. Tapi sila alert! Kalau nak bergambar dgn mereka, mereka akan paw kita habis²an..
Memula x di-info pun berapa bayaran; dan ada yg ingat ianya percuma, cam tarikan pelancong/ promosi dr tourism Rom.. Lepas amik gambar baru diorng mintak duit sambil memegang pedang gladiator di tgn kanan... hoho.. psyco tak? (^-^) Haha xder.. xder.. yg pegang pedang tue saja ditambah.. tpnya mmg diorng akan paw kita cukup².. sila berhati² yer
Apa pun, kami sangat enjoy melawat hasil seni yg hebat nie.. juga merupakan mercu tanda terutama di Rom dan sangat popular sebagai tourist attraction juga.
CIRCO MASSIMO
Circo Massimo (Circus Maximus) merupa gelanggang racing kuda, tempat race horse carriage (chariot) yg terkenal di zaman Julius Caesar tue.. sbb tue kawasan dier sgt luas..
dan deretan kedai/Bangunan di belakang tue adalah saki baki yg tinggal sejak kewujudannya zaman-berzaman.. hoho.. mmg sgt indah bila dpt melihat sendiri pemandangan di sini..
VATICAN CITY
Sampai di Vatican City dlm pkl 6 lebih.. tp mcm bercuriga jer nak masuk (^^ii).. bimbang laa.. so sekadar bergambar di pinggiran jer (^_^). Tapi inilah lokasi Tom Hans berlakon citer De Vinci Code kan? kan? (^_^)v.. wohoo.. sampai jua akhirnya.. (^^,)
Vatican City nie adalah negara terkecil di dunia, dikelilingi oleh bandar Rom (negara dlm bandar) dan pentadbirannya diketuai oleh Bishop (ketua Pope). Dikatakan di dlm kota ini terdapat sebuat arkib lama dan level udara di dalamnya adalah sgt rendah..
Sengaja dibuat sebegitu spy org x duduk lama dlm arkib untuk mencari bahan² penting.. (infomasi itu sgt penting!).. dan x mustahil banyak peninggalan, buku-buku lama dan khazanah² dunia di simpan di dlm nie.. ermm (‘_^ )
CASTLE IN THE CITY
Istana nie adalah makam atau tugu tanda Hadrian (Publius Aelius Hadrianus), one of Roman Emperor yg terkenal krn membina Hadrian’s Wall. Monument ini juga dikenali sbg Castel Sant'Angelo dan merupakan one of mercu tanda di Rom. Kemudiannya castle ini digunakan sbg museum
Oh!... ( ^.')
Kebetulan berhampiran dgn castle nie, ada Eclipe movie promotion kalo x silap.. dan 2 org drpd pelakon movie siri the Twilight Saga nie turun hadir untuk memeriahkan majlis dgn sesi bergambar bersama peminat.
Tapi ada org tue x minat artis Hollywood.. dier minat ochan jer.. so dier lepak laa atas bukit nie sementara kami yg excited + terkejut pegi mengambil gambar di lokasi promosi berkenaan
FONTANA DI TRAVI
Selepas berpuas hati kerana dpt bertentang mata dgn En. Serigala-Jadian-yg-Kachak dan Cik Cantik yg Gedix (giler jeles ngan Bella (^^!)..) kami ke destinasi yg berikutnya: Travi De Fontana.. Eh! Travi di Fountain? Eh.. aper² laa..
Sumber air melambangkan kesuburan di bumi Rom nie.. so mmg sgt banyak pancuran air di merata² tempat, area Plaza Navona je ada 3 fountain besar di sepanjang Jalan.. dan yg paling terkenal adalah Travi nie..
Actually ramai yg lemparkan duit dlm kolam dan air pancuran nie.. konon² nak dptkan hajat yg termakbul. Selalunya wish yg dibuat adalah untuk kembali ke Rom.. dan tempat nie semmgnya sgt popular.. tgk jer la manusia yg melepak kat sini.. mcm xder ruang dah nak masuk menyelit (^^i)..
Selesai sudah menjamu mata.. pelbagai gelagat manusia ada.. yg bawak anak, galas di bahu; yg bawak awek, peluk di pinggang; yg bawak 'teman gembira' (gay), saling berpaut2 lengan (^^ii)... aii.. mcm-mcm laa manusia nie kan..
Tapi sbnrnya masih blum puas nak berjalan, tp memandangkan hari dah 8.15pm.. dah perkhidmatan Rome Open Tour nie sampai pkl 10.00 mlm jer.. so kami decided buat 1 round tour dgn bas jer.. Lepak dan menikmati keindahan malam di Rome dr atas bas..
Huhu.. mmg sgt cantik pemandangan dr atas bas, dgn angin menyapu² muka.. ho.. ho.. ho.. (^.^)
Oh! ( ^_')
Sebenarnya kami nak makan pizza paling sedap di Itali nie.. tp niat suci kami tak kesampaian sbb kedai yg terletak di Piazza del Teatro tue semuanya dah tutup pintu.. huhuh (T_T)..
..dan bila sampai jer di Termini semula, jam dah menunjukkan pkl 10.05pm.. masa untuk mencarik makan malam.. sbb perut sudah berbunyi.. ~Onakaga suite imasuka? huhuhu.. Onaka ga suita desu!.. tp tue laa. mana nak carik food memalam niekan?
sedang kami menonong menuju ke bilik hotel tetiba ada sekumpulan lelaki menegur.. "Org Mesia?".. dgr diorng sebut Mesia pun dah tau mereka² nie org kita (^^!).. berrentilah kejap kami di simpang jalan tue bersoal-jawap berbual-bual ringkas dgn org kita di bumi asing..
tp jadi agak klaka bile diorng x percaya kami nie adik-beradik.. x sama muka kata diorng.. hahahah.. nampak sgt rabun diorng nie.. kami sikit punya se-acuan muka, dgn semuanya pakai spek dan bertahi lalat dihidung sorang satu.. mana ntah yg x sama nya ntah (^^i)..
oh! btw.. abg bersweater kelabu tue ensem.. (^^,).. sukist (^^!)
oh!.. dan terima kasih sbb beritau ada kedai mamak kat blkg simpang tue yer.. dpt gak kami makan malam... heheh tak sangka kan.. jalan jejauh sampai ke Rom.. Briani Mamak jugak yg kami makan..
.. huuu sy lapa pizza (T_T)
Briani sudah di tangan, air mineral pun masih ada sebotol dlm beg.. cukuplah untuk kami mengenyangkan perut ni.. maka sambil menyanyi² kecil lagu 98°- Gimme one more nite, una noche.. kami pun terus balik menuju ke bilik hotel.. esok sudah mahu pulang ke Aberdeen..
Erm.. rindulah saya pada karya² dan hasil seni di tanah Rom ini.. pada pacik² yg muncit² lagi shekshi² berpakaian gladiator... pada bau²an herbs pizzas & spaghetti.. bau²an chocolate & coffee dr bakery stores.. dan pada abg bersweater kelabu tadi.. Eh! (^^i)... tehee..
//Ada gambar yg boleh dibesarkan, sila klik pd gambar² tsbt. Jgn malu².. sila.. silalah.. sila.. (^_^)/
No comments:
Post a Comment