Lokasi trip berikutnya ialah Fiorenza the Italia.. (^_^)/
Pepagi tadi, breakfast kat Moderno Hotel, lepas alas perut.. gerak ke train station dan naik train terus ke Fiorenza. Lebih kurng dlm sejam suku sampai then terus ke hotel utk simpan beg memasing. Takleh nak check-in lagi tp boleh ltk beg kat situe dulu..
Oleh kerana hotel kami sgt hampir dgn bazaar dan gerai-gerai sepanjang jalan nieh.. maka kami menshoppingkan diri kejap sesambil nak pg ke lokasi-lokasi menarik yg uda dah highlighkan..
Dari pelbagai deretan kedai dan gerai tepi jalan, kami bergerak menghala ke Florence Cathedral; The Basilica di Santa Maria del Fiore..
Il Duomo Florence adalah sebuah gereja (Duomo). Ia mula dibangunkan pd tahun 1296, direka bercirikan rekaan ala Gothic dan siap pada tahun 1436. Gereja ini mengambil masa yang agak lama untuk dibina. Oleh kerana terlalu lama untuk disiapkan, ramai arkitek telah terlibat dalam pembinaannya.. dan menyebabkan terdapat pelbagai unsur rekaan dlm hanya satu bangunan..
Seterusnyer, kami gerak ke Santa Croce.. di mana letaknya gereja berikut: Basilica of Santa Croce. Ianya merupakan tempat persemadian some of the most illustrious Italians; seperti Michelangelo, Galileo, Machiavelli, yg mana juga dikenali sbg the Temple of the Italian Glories..
Kemudian kami berjalan menuju ke San Lorenzo pula, sebelum ke Piazza della Signoria dan Palazzo Vecchio (The Old Palace).. Erm.. Firenza nie banyak sgt pepatung david x berbaju dan gereja la..
Oh!.. kat sinie ramai jer org buat streets mime tue.. kat area Uffizi's Gallery, lagi ramai.. sepanjang-panjang jalan di luar galeri tue ader org buat mime show.. tp seperti biasa kena bayar kalo nak bergambar..
Piazza della Repubblica mcm center of Firenza la, ada bnyk cultural cafe dan istana² di zaman silam golongan borjuis. Area nie, ramai golongan artist/writers yg famous berjumpa.. khabarnya laa; tp x kenal pun mana satu (^^i).. cuma nampak ada org lukis² pemandangan cantik kat tepi² jalan. Tapi takai iyo!.. jadi kami hanya cuci² mata jer..
Dah sampai masa untuk lunch, so uda bawa kami rasa spaghetti paling special kat sinie, kiranya macam wajib rasa kalau sampai.. ala² wajib rasa char kuew tiau udang di Jitra tue laa kan. special-nyer paling tip top.. ini uda laa kata, kalo dier tipu.. aku pun tipulah semua org kat sinie (^^i).. Tapi.. mmg sedap pun (^^i') Oishii!
Perut sgt selesa des.. lepas makan spaghetti tadi kami teruskan perjalanan.. ke Patti Palace. Sejarahnya istana nie pernah diduduki oleh Medici family pd thn 1549 (antara keluarga pembesar di tuscany) dan pernah menjadi pusat kuasa Nepoleon.
Sambung Jalan-jalan area deretan kedai pula, saja nak cuci mata before bergerak ke 'jambatan emas'..
Bridge nie dikenali sbg jambatan emas sbb sepanjang² jambatan nie, atas jambatan nie ader deretan kedai yg jual emas shj.. so dr jauh dah nampak silauan emasnya (^^i)..
On the way nak balik hotel.. kami jumpa satu rantai penghadang jalan bersebelahan ngan Arno River kalo x silap.. disangkut dgn banyak sgt mangga kunci (^_^). Menurut uda-chan, itu kepercayaan masyarakat sini.. katanya, kalau gantung mangga kunci bertulis nama pasangan kekasih, pasangan tue akan kekal lama.. haha.. tahyul betul (^^i)..
Oh!.. rasanyer mcm dah lama keluar berjalan nie.. kami perlu balik ke hotel segera.. kaki dah sakit.. Lagi pun x solat lagi dan x check-in bilik pun lagi.. so balik dulu, nanti keluar balik after that
After 7.00pm kami keluar semula.. nak semak ticket untuk ke Rom esok.. so keluar laa balik semula walaupun agak keberatan sbb dah sedap melepak dan meluruskan pinggang di atas katil..
Oh!.. lupa nak cerita.. OTW nak balik bilik hotel semula tadi, kami bertembung ngan satu kumpulan Chinese dr Malaysia.. dtg utk pertandingan seni kasut kat sini, maybe diorng nie one of the contestant kot.. Eh! ntah² kaum kerabat Jimmy Choo.. huhuhu rugi tak tanya dan mintak no tepon.. kalo x bleh dpt kasut raya free (^^')..
Panduan utk mereka yg ingin ke Florence.. sila klik di link ini:
[10 Alasan Tepat Berkunjung ke Florence Italia]
Oh!.. nie tambahan..
kalo dtg sinie.. pastikan korang beli beg² kulit yg cantik² tue.. topeng Masquerade party tue dan hasil² seni, lukisan² yg di pamerkan di tepi² jalan tue.. sbb nanti akan rasa cam nyesal kalau x beli.. (^_^)v
No comments:
Post a Comment