Saturday, June 12, 2010

Mind the Gap.. Beep! Beepp!!


Trip untuk minggu ke-2 dah pun bermula.. Makanya, seawal 5.00 pagi kami semua telah bangun untuk memulakan hari yg ceria.. (#_#)v yatta~ keseronokan dlm kemengantukan.

Untuk minggu kedua, kami dah rancang dua destinasi saiko yg utama. Di awal minggu ke-dua nie.. kami turun ke London. Dari tempat uda (Aberdeen) ke England.. kami naik train.. jadi, dalam pukul 7.00 am kami perlu berada di stesen keretapi.. (^_^)


dlm train ader Wifi.. (^_^)v.. saiko desu!

London jauh ke bawah, makan masa 7 jam juga untuk sampai.. lama sangat duduk dlm train.. bleh bengkok pinggang (^^i).. Kenapa pilih keretapi yer? Kenapa tak naik flight je?

Sbb Uda kata.. nak bagi kami semua rasa dan lihat sendiri pemandangan dr atas train di sepanjang perjalanan dr Aberdeen ke London.. dan kawasan yang paling cantik tentulah bila dah masuk ke stonehaven–Dundee-Edinburgh, yang mana laluan keretapi adalah bersebelahan dengan laut dan pantai..



Stonehaven

Tapi sayang tak dpt nak capture semuanya.. train agak laju dan kami sangat tidak profesional dlm menangkap gambar (^^i).. aaa gome-gome. Then masuk saja bumi England, bermula dr New Castle.. Durham.. kami dan tertidur.. sedar-sedar sudah sampai di London; lebih kurang 3.15 pm.




Dari King's Cross terus beli tiket di kaunter and ambil tube ke Bayswater.. Kami perlu check in di Malaysian Halls yg terletak di Bayswater dan simpan semua beg-beg yg berat nie kat bilik..

Area Bayswater, ramai org Malaysia.. bersepah-sepah. Sampaikan tak ada yang nak bertegur-sapa mcm kat tempat lain.. dan sepanjang jalan dr tube station ke Malaysian Halls banyak sgt kedai-kedai souvenir dan kedai makanan halal.. termasuk Subways.. (^_^)




Selepas lunch, solat dan rehat.. kami bercadang nak keluar semula sekejap.. sayanglah all-day-tiket tadi tak digunakan sepenuhnya.. tp Uda penat sangat; jadi kami keluar bertiga jer..

Plan asal nak pegi Marble Arch dan jalan² di sepanjang Oxford Streets.. (Bond St-Oxford Circus) tp keluar pun hari dah pkl 7.00 petang.. ('_^ )


Marble Arch..

Akhirnya kami hanya lepak-lepak dan bermain dgn merpati di Marble Arch.. kemudian jalan² sambil shopping skit-skit di sepanjang jalan dr Marble Arch ke Bond St..

Ingat nak teruskan lagi, jalan² di Oxford St pula.. tp mcm tak sempat je. Lagipun perlu balik ke Bayswater sebelum pkl 10.. So kami balik jer.. lagi pun kedai semua dah nak tutup pun (^_^)v..



Fara dan Nana

Kami ambil Central line terus sampai ke Notting Hill Gate.. kemudian tukar ke District Line pula.. masa nie Circle Line under construction. Ianya ditutup sepanjang hari minggu.. so maybe bermslh skit nak jalan-jalan esok..



Sudah berada di bilik dengan selamatnya.. Perlu rehat secukupnya untuk memulakan hari esok dengan lebih segar-bertenaga dan lebih genki!..


sambung nanti..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...