Tuesday, June 15, 2010

Pisa.. Mama Mia!


Kami perlu naik bas di Baker St untuk ke Stansted Airport. Dalam 5.00 am dah bangun untuk bersiap-siap sbb perlu naik bas easy.com pkl 7.30 am. Flight pula dalam pkl 11.30 am nanti.. tp takpe.. biarlah sampai awal di air port..

Dari London kami terus ke Pisa, Itali.. so dgn rasminya.. Trip ke Itali pun bermula!.. bermula!!.. Italia Saiko!!




After 4 hours.. sampai kat Pisa Galileo Galilei International Airport.. amik bus then terus ke Moderno Hotel. Actually bandar Pisa nie kecil jer kata uda.. bleh jalan kaki jer nak ronda-ronda satu bandar.. tp kena simpan tenaga.. lepas check in nanti nak jalan plaks (^_^)..

Sampai jer dlm bilik terus lunch dulu.. solat-solat dan refresh.. pkl 5.00 pm baru keluar.. since skrg summer kan.. pkl 5 mcm pkl 2 ptg jer.. (^^i).. nasib baik gak kan.. ada extra masa nak ronda-ronda..

So.. Mari ke Pisa Torre!!..




Dari hotel kalo Jalan kaki ke Pisa tower.. amik masa 25 minutes jer. Tp tak nak habiskan tenaga lagi.. so kami naik bus jer ke sana.. (malas lenguh kaki sbnrnyer.. (^^i)..)


..dah sampai.. jom masuk!




Menara Condong Pisa (Torre pendente di Pisa) merupakan menara loceng gereja untuk bandar Pisa. Kedudukannya hampir tp agak kebelakang skit dgn Pisa's Cathedral Square (Piazza del Duomo).

Asalnya tegak seperti kelaziman menara yg lain.. tp selepas tahun 1173, menara ini makin merebah ke arah tenggara, katanya krn masalah tanah yang bkn dlm condition yg sesuai untuk buat menara tinggi.

Ok.. ok.. tambahan info; tinggi menara ialah 55.86m dr tanah ke sisi paling rendah dan 56.70m untuk sisi yg lebih tinggi. Lebar dasar/base tower dalam 4.09m dan bhgn paling atas ialah 2.48 m. Ada 296 mata anak tangga dan katanya menara nie makin merebah, condong menghala ke bumi.



Ini adalah pemandangan biasa jika dtg ke sini.. Memang ramai yang bergambar begini.. semua orang kena akan buat (^^').. kami pun sama.. sbb kalau tak, mcm tak sah dtg sinie.. (^^!)




Cuasa tak berapa cantiklah hari nie, sekejap hujan.. lepas tue cerah.. then mendung balik semula.. huhu..


Oh!.. tadi..

masa memula masuk tadi.. ada sorang awek nie.. cantik, muka cam arab² skit.. tetiba jer peluk uda.. pastu nampak dier borak² dgn gembiranya dan kenal²kan uda kat kawan² dier.. ingatkan coursemate uda.. sekali rupa²nya uda pun x kenal.. (^o^)

haha lawak jer minah nie.. dier muslim, kerja kat US.. katanya dia mmg excited kalo dpt jumpa org muslim.. sbb tue dier tegur (^^,) hehe comel.. comel.. tp majority masyarakat muslim kat luar mmg suka tegur.. kalo selisih kat bahu jalan pun paling tidak, akan beri salam.. sugoi ne~..




Masa memula sampai tadi dah nampak dah gerai² kat luar tue.. tp nak tgk menara condong dulu.. kang tutupla plaks kalo lambat².. tapi kalo nak beli souvenirs, lebih baik beli di luar jer.. kualiti sama dan harga lebih berpatutan..

So.. after lawat pisa.. kami lawat gerai-gerai di luar pula..


gerai-gerai souveniers


Homemade pasta.. mcm2 kaler pasta ada


Italian sweets

Manisan nie mmg sgt manis.. huhu.. org sini mmg sweet tooth laa, camner diorng bleh makan yer? naik pening kepala sbb manis sgt (^^i).. btw harganya €3.00 satu cup.. katanya, ini one of italian favourite desert/sweets. Rasanya sedap tp terlalu manis (kalau org balik mekahkan ada bawa balik candi putih tue kan.. lebih kurng itu laa rasa dia tp manis lagi.. (^_^)..)

lepas lihat dan beli, kami gerak balik.. jalan kaki jer.. Actually bagi aku, cara terbaik nak melihat tempat orang ialah dengan berjalan kaki atau naik beskal.. sbb kita boleh lebih menikmati pemandangan.. ne~ tapi tempat tue mestilah tidak panas terik (^^i)v



Uda bawa pegi makan gelato (ice cream).. katanya, kedai La Bottega Del Gelato nie paling best ice cream dia.. homemade ice cream.. yang terbaik boleh didapati.. Sangat sedap.. sampai skrg masih terasa nak makan (^-^).

Cuba Pistacchio di Bronte.. huhu rasa dan haruman kekacang pistacchio tue mencair dlm mulut sungguh menggoda hati dan perasaan (^^,).. Oh! Ada pilihan yg mengandungi alcohol atau geletin.. Kalo nak beli tanya dulu.. diorng ok jer, nanti diorg akan syorkan mana kita boleh pilih.. (^_^)




Then kena gerak semula walaupun ice cream masih berbaki.. sbb kalau lambat-lambat nanti gelap pula.. dah pkl 8.00 lebih dah pun..



beli cherry..

Lagi satu, kalau jalan kaki kita mudah nak singgah² di deretan² kedai sepanjang jalan.. Lagi pun mmg nak cari menara pisa yg tinggi dlm 1 kaki, sbb nak setkan ngan Eiffel model sama saiz yg kami beli last week utk mak tue (^_^)..

Ah!.. kat sinie.. kami jumpa seorg budak mesia.. hahaha excited giler bila dpt jumpa ne~.. walaupun ntah sapa².. tp selalunyer org yg tegur kami dulu.. sbb kami berempat x sedar sgt alam sekeliling.. maybe mereka² nie pun sgt excited bila dpt jumpa orang senegara (^^,)..

erm.. actually it's kind of kimochi-ness ne~ dan sgt² seronok (agaknya) bila dpt dgr bahasa yg sgt familier dgn kita bila berada di negara org.. maybe itu yg menarik org untuk tegur kami.. (^_^)v.. tp hal ini tidak berlaku sgt bila di London. Dah terlalu ramai org kita di London kot.. dah jemu (^^i)




Depan Pisa train St.

Akhirnya sampai balik semula ke hotel.. walaupun sbrnya 25 minutes jer perjalanan.. tp banyak sgt singgah².. makan ice cream laa, beli chery laa.. tapau makanan untuk dinner laa.. borak² ngan org mesia laa.. dah jadi sejam lebih (^^i)..






//Sila Klik gambar2 kolaj untuk paparan yg lebih besar (^_^)v..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...