Baru balik dr Redang.. Sebenarnya ini semua idea Ona, nak bersnorkeling di Perhentian katanya, tp aku dah pernah pegi sana last yr.. So lebih baik pilih pulau lain.. dan tiba-tiba terjumpa 1 pakej percutian ke Redang.. Sekali Ona ajak plan trip ke Redang.. Maka, beginilah percutian kami bermula..
[9hb Mei 2009 – Sabtu]
Dalam pukul 2.00 pagi kami mula bergerak naik ke Kuala Terengganu. Kami ikut jalan Pantai-Beserah sbb kurang sunyi.. Dari Bandar Kuantan, kami lalu Beserah, Cherating & Marang. Aku, Mar dan Farhah naik satu kereta.. Ona, Ila dan Isda naik keta satu lagi. Memula memang tak ngantuk.. selang tak lama, aku dah weng.. haha giler mengantuk.. (^^i)
Masa di kerteh, bebudak nie berhenti jap amik gambar –mmg cantik di situ waktu malam.. Dari Kerteh kami terus lagi.. ikut signboard dan landmarks yg kami dah google awal². Dr KT naik ke Kota Bahru.. Lepas Jambatan Sultan Mahmud, di area bulatan Batu 6 tue.. kami tukar arah ke Batu Rakit/Penarik..
[10hb Mei 2009 – Ahad]
Dari KT ke Jeti Merang adalah lebih kurng 40km.. so pkl 5.15am kami dah sampai di jeti. Oleh kerana hari masih gelap lagi, masing² ajak lepak masjid depan simpang, bleh rehat sekejap dan terus solat subuh.
Dlm pkl 7.30 kami masuk balik kawasan jeti.. ambil sarapan dan tunggu Kak Za datang. Kalau ikut tentatif.. naik boat dlm pkl 9 pagi, tp ada kelewatan skit. So kami terpaksa tunggu sampai pkl 10 pagi.
Dr tanah besar ke pulau, dlm 40 minit jer.. before pukul 11.00 pagi kami dah sampai pulau.. Sampai sana terus check in bilik.. pastu budak boat kata, pkl 3.00 ptg akan bergerak untuk pegi snorkeling, pkl 1.00 dah boleh lunch di café..
Kami bayar harga pakej, termasuk makan + penginapan + snorkeling.. Di sini ada disediakan air panas dan roti 24 hours. Kira oklah servis dia, agak murah dan berbaloi.
Oleh krn hari masih awal, maka kami qada’ tido.. sedar² dah pkl 1.30 pm, nasib baik nasi dan lauk masih ada.. terus gegas² turun café. Sampai di cafe, ada 1 group yg dah balik dr mencandat.. huhu.. bestnya kalo dpt pegi mencandat, skrg nie bulan penuh.. sotong mesti banyak.
Lepas lunch, kami bersiap² utk menyenorkelingkan diri..
Tepat pukul 3, boat pun sampai.. lepas amik google + life jaket + roti utk ikan.. kami bergerak ke Pulau Kerengga.. Lokasi snorkeling nie bleh tahan cantik (tapi.. Perhentian lg cantik rasanya).. tp ramai sgt org, macam takde privasi rasanya.
Dalam boat kami pun ada 4 group dah.. then sampai kawasan untuk bersnorkeling, ada 3-4 buat boat besar² lagi.. agak sesak.
Di sini, coral dia agak jauh ke dasar.. dan agak gerun nak pegi jauh dr boat sbb tak boleh nak berenang laju.. Diorg tak bg kaki itik. Kalo tak, bleh gerak laju skit dlm air.. ~eksyen (^^i)
Dalam pkl 5 ptg, kami balik.. lepak² sat bawah pangkin. Lepas minum petang kami sambung main air tepi pantai.. Tapi tak lama, sbb masing² masih dah sleep mode.. Lagi pun malam ada BBQ, kena keluar awal.. nanti ayam habis (^^ii)
After Maghrib, kami keluar ke café.. Mar dan Farhah tak larat, diorang sambung tido.. tp biler Ona call kata BBQ best.. rugi kalo tak join, tetiba jer diorang dah ada kat tepi tempat BBQ (^^,).. pantas!
Lps makan ingat nak karaoke.. tapi ramai sangat org tengok bola.. then ingat nak duduk² lama skit kat pangkin depan laut.. amik angin sambil tgk bintang, tp ngantuk giler.. Sgt!! (0_o)
Maybe sbb penat duduk dlm keta tak habis lagi kot.. lagi pun cuaca malam nie tak berapa baik, nampak mcm nak ujan.. So, tak jadilah nak lepak² sambil minum air kopi/teh tarik + makan roti bakar sapu planta dan kaya..
Dalam pkl 10 kami masuk tido..
[10hb Mei 2009 – Ahad]
Isda kejut kami suh tgk matahari naik.. Syubhanallah.. mmg sgt cantik!
Hari nie kami keluar awal pagi, breakfast pun awal dr org lain (^^i).. Masa breakfast, budak² boat kata nak gerak pegi marine park dlm pkl 10 camtu..
So kami ada banyak masa untuk jenjalan sekitar pulau, berlatih snorkeling.. sesambil tue try test guna beg kalis air untuk kamera.. dan inilah hasilnya..
Dah tiba masa untuk bergerak.. Lepas amik roti untuk ikan, kami menuju ke Marine Park beramai-ramai..
Taklah jauh sgt dari chalet yang kami duduk.. lebih kurng 20 minit dah sampai di Marine Park nie.. tapi tak senonok sgt sbb ramai orang.. rasa sesak. Ibarat mcm kena kuak org baru bleh nampak ikan dlm air (^^ii)..
Sini banyak ikan.. sgt banyak.. Tapi tak sempat nak snorkeling area bawah jeti dan kawasan boat karam tue.. rugi betul. Mar kata bawah jeti lagi bnyk ikan, besar².. huhu.. taksempat (T_T)..
Nak buat macam mana, sorang kekejangan kaki, sorang lagi rasa penat sgt mcm bleh tido je kat tepi pantai dan masa pun adalah dlm 20 minit lagi untuk balik ke chalet, maka kami decide untuk naik ke darat.. Lagi pun perut dah lapar.. so kami gerak balik ke chalet.. untuk rest (^^,)..
Pkl 3.00 perlu gerak ke Long Island.. Walaupun ada rasa sedikit malas (^^,) tp gagahkan juga sbb rugilah kalau pegi pulau tapi tidur jer dalam bilik..
Sebenarnya bebudak boat tue janji nak bawa kami pegi ke Pulau Lima.. dan katanya Pulau Lima coral dia lagi lawa.. siap ada anak jerung.. Tapi di Long Island pun kami tak cukup masa nak teroka semua tempat.. (^_^)v, so tak jadi pegi ke Pulau Lima
Oh!.. kali nie kami snorkeling di kawasan yang best².. siap selam amik gamat, siput mata kerbau dan Nemo.. Di sini lebih cantik aku rasa.. dan tak se-sesak di Marine park pagi tadi.. tapi masih teringin untuk ke Pulau Lima.. nak tgk anak jerung ('_^ ).
Sebelum balik, diorng ajak pg tgk ikan kerapu besar dan belut gergasi.. tp aku tak sempat nak tengok, sbb lambat sampai (saya tak pandai berenang (^^ii)..)
Bila masuk trip ke-3 nie.. dah pandai skit nak amik gambar dlm air.. so inilah antara gambar² yg berjaya disnap semasa bersnorkeling di Long Island.. gambar kurng cantik sbb sambil amik gambar sambil lap google yg berkabus.. hehe (^.^)
Punya la seronok main air, sampai rasa mcm tak nak balik (^^i).. diorng siap tarik suh balik.. dan elok jer naik atas boat, masing² carik makanan.. nasib baik Mar dan Ila dah sapukan roti dgn tuna siap² before gerak tadi.. so dapatlah mengisi perut.
Sangat lapar!... sampai jer ke darat.. Kami semua serbu masuk café utk minum petang pula.. (^^i) lepas berenang perut memang lapar, dpt plaks bubur keledek cicah dgn roti bakar.. hoho (^_^)/ umaiii
Bila dah selesai makan, maka tenaga sudah dicaj penuh.. so diorg sambung main laut lagi.. giler ah ding dong.. memang macam budak tak pernah jumpa laut (^^i).. dah nak masuk maghrib baru balik bilik..
dan malamnya kami terperangkap kejap dlm bilik sbb hujan lebat giler.. siap petir dan guruh sekali.. uhuhuh.. last² pukul 9 suku baru kami dpt makan malam.. Dan malam nie, niat nak berkaraoke terpaksa dibatalkan juga.. nanti ribut taufan plaks yg datang.. (^^’)
Dan seperti semalam, kami masuk tido awal.. dan tak dpt nak baring-baring atas pasir pantai sambil tgk bintang (-_-')..
[12hb Mei 2009 – Isnin]
Hari belum lg pkl 6, kami semua dah bangkit dah.. Bagus gak, dpt tgk matahari terbit lg sekali. Dan kali nie kami gegas² pegi ke jeti.. nak bergambar atas batu² cantik tepi laut area chalet sebelah tue..
Oh!.. hari nie last day.. kejap jer dah last day (-_- )
Pkl 10 dah kena check out dah.. So lepas sarapan pg dgn nasi lemak pulau tadi.. kami balik bilik, mandi-mandi + bersiap dan kemas² barang utk kembali ke tanah besar- jeti merang..
// .. nak gi mana laks lepas nie erk? (^^,) .. Langkawi?
No comments:
Post a Comment