Dr Jeti Merang ke Kuantan.. kami singgah²-hinggap sbb nak beli keropok lekor, nak lawat masjid² terkenal di Terengganu, nak lepak minum air kelapa kat tepi pantai dan nak shopping² di Pasar Payang (^^i)..
So.. destinasi pertama ialah Masjid Kristal..
Actually lama dah nak dtg sini.. sbb masjid nie banyak sgt kontrovesi (^^i).. so nak taulah apa yg suka sgt org perkatakan tue..
INFO :Masjid Kristal terletak dalam kaw. pelancongan Taman Tamadun Islam -Pulau Wan Man, Terengganu.Dibina daripada kaca & keluli, dan merupakan masjid pintar pertama di Malaysia.
Dgn keluasan seluas 2,146 meter persegi, masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pd satu² masa. Dilengkapi dgn prasarana IT dan liputan WiFi yg memudahan pengunjung utk mengakses internet ~bg membaca al-Quran elektronik..
Kat sini, kami hanya singgah utk bergambar, lg pun blum masuk zohor.. Lepas tue lalu luar pagar Taman Tamadun Islam, cantik² model seni bina islam kat dlm tue. Actually terasa mcm nak masuk, tp x cukup masa.. so terpaksalah skip. Next time maybe..
Then singgah Pasar Payang jap. Mar & Farhah nak cari kain songket.. tp aku, Ila & Ona tak ada apa yg nak dicari.. jadi kami hanya merayap² tgk kain pasang dan kain batik..
Sampai kat area brg² tembaga, aku teringat nak cari kuali kuih cara yg bentuk bulat-bulat tp takde la plaks.. yg ada cuma bentuk bujur & bunga² kuih baulu tue..
Ingatkan kalo ader yg bulat² tue, bleh buat bebola sotong-takoyaki (^^i)..~Tp takpe, nanti buat Takoyaki bentuk bujur telur je.. (^^,)v..
erm.. ( ^_')
Market nie lebih kurng mcm Pasar Siti Khatijah di Kelantan tp di sini pengudaraan dia kurng baik, sgt panas.. nak bershopping pun tak selesa.. so kami berhenti sekejap utk minum² dan makan nasi air..
Selepas selesai urusan di Pasar Payang.. kami terus turun menuju ke Marang.. dan singgah sekejap di Masjid Terapung..
Dah lama aku pasang niat nak solat kat masjid nie.. sejak aku form 5 dulu. Hahaha lama gila, baru sekrg dpt solat kat sini.. takpelah janji dpt, taklah kempunan nanti kan.. (^^,)
Aku suka seni bina masjid nie.. unik!! Lagi pun, aku admire kat Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah (^_^).. Seorg arkitek yg sgt berwibawa.. pandai design building cantik². Huhu.. sgt kagum..
INFO :Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lbh dikenali sbg Masjid Terapung ini tlh dinamakan bersempena nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja.
Masjid yg terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dgn masjid lain yg tlh dibina. Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.
Mula dibina pada September 1991 dan siap pd pertengahan Januari 1994. Ianya bernilai RM6.997 juta. Masjid ini direkabentuk oleh Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan.
Lepas solat, kami gerak semula dan bila nampak gerai² tepi laut area Marang tue, kami berhenti sekejap sbb nak minum air kelapa.. (^^,)
Dah janji nak belanja Farhah air kelapa semalam, then ona plaks rasa macam nak makan sotong celup tepung.. huhu umaii!!
Actually tadi, sepanjang² jalan nak balik nie tadi, kami ada singgah² tepi² jalan sbb nak beli keropok lekor/losong dan keropok kering.. tp Mar & Farhah masih x puas hati, katanya ada tempat yg lbh best keropok lekornya..
Akhirnya kami jumpa kedai keropok lekor yg dicari.. dan itulah destinasi terakhir kami sblm sampai Kuantan..
//Adeh.. letih juga jalan ke Terengganu nie (^^,) tp seronok dan sgt berpuas hati.. Harap² lepas nie dpt jalan dan plan trip ke tempat lain plaks..
No comments:
Post a Comment