Thursday, May 21, 2009

Zoom Malaysia: Kuala Terengganu + Marang..


Dr Jeti Merang ke Kuantan.. kami singgah²-hinggap sbb nak beli keropok lekor, nak lawat masjid² terkenal di Terengganu, nak lepak minum air kelapa kat tepi pantai dan nak shopping² di Pasar Payang (^^i)..

So.. destinasi pertama ialah Masjid Kristal..

Actually lama dah nak dtg sini.. sbb masjid nie banyak sgt kontrovesi (^^i).. so nak taulah apa yg suka sgt org perkatakan tue..


Masjid Kristal

INFO :

Masjid Kristal terletak dalam kaw. pelancongan Taman Tamadun Islam -Pulau Wan Man, Terengganu.Dibina daripada kaca & keluli, dan merupakan masjid pintar pertama di Malaysia.

Dgn keluasan seluas 2,146 meter persegi, masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pd satu² masa. Dilengkapi dgn prasarana IT dan liputan WiFi yg memudahan pengunjung utk mengakses internet ~bg membaca al-Quran elektronik..



Kat sini, kami hanya singgah utk bergambar, lg pun blum masuk zohor.. Lepas tue lalu luar pagar Taman Tamadun Islam, cantik² model seni bina islam kat dlm tue. Actually terasa mcm nak masuk, tp x cukup masa.. so terpaksalah skip. Next time maybe..

Monday, May 18, 2009

Zoom Malaysia: Pulau Redang


Baru balik dr Redang.. Sebenarnya ini semua idea Ona, nak bersnorkeling di Perhentian katanya, tp aku dah pernah pegi sana last yr.. So lebih baik pilih pulau lain.. dan tiba-tiba terjumpa 1 pakej percutian ke Redang.. Sekali Ona ajak plan trip ke Redang.. Maka, beginilah percutian kami bermula..



[9hb Mei 2009 – Sabtu]
Dalam pukul 2.00 pagi kami mula bergerak naik ke Kuala Terengganu. Kami ikut jalan Pantai-Beserah sbb kurang sunyi.. Dari Bandar Kuantan, kami lalu Beserah, Cherating & Marang. Aku, Mar dan Farhah naik satu kereta.. Ona, Ila dan Isda naik keta satu lagi. Memula memang tak ngantuk.. selang tak lama, aku dah weng.. haha giler mengantuk.. (^^i)

Masa di kerteh, bebudak nie berhenti jap amik gambar –mmg cantik di situ waktu malam.. Dari Kerteh kami terus lagi.. ikut signboard dan landmarks yg kami dah google awal². Dr KT naik ke Kota Bahru.. Lepas Jambatan Sultan Mahmud, di area bulatan Batu 6 tue.. kami tukar arah ke Batu Rakit/Penarik..


[10hb Mei 2009 – Ahad]


Alas perut @ Restoran Redang Teratai

Dari KT ke Jeti Merang adalah lebih kurng 40km.. so pkl 5.15am kami dah sampai di jeti. Oleh kerana hari masih gelap lagi, masing² ajak lepak masjid depan simpang, bleh rehat sekejap dan terus solat subuh.

Dlm pkl 7.30 kami masuk balik kawasan jeti.. ambil sarapan dan tunggu Kak Za datang. Kalau ikut tentatif.. naik boat dlm pkl 9 pagi, tp ada kelewatan skit. So kami terpaksa tunggu sampai pkl 10 pagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...